[5 Foto Tempat Kejadian] Pelajar sekolah maut kepala dilibas mesin rumput hingga keluar otak

TAMPIN – Seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun di Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Abd. Rahman, Gemas dekat sini maut akibat terkena bilah traktor mesin rumput di padang sekolah itu pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, mangsa, pelajar tingkatan dua Nur Afini Roslan dipercayai maut di tempat kejadian, manakala seorang rakannnya, Mohd Farhan Reza Badrol Hesam, 13, mengalami kecederaan di belakang kepala.

 

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Hamazah Ab. Razak berkata, polis menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 10.30 pagi dan sedang melakukan siasatan di lokasi kejadian ketika ini.

“Siasatan awal mendapati bilah mesin rumput itu tercabut dari traktor itu sewaktu sedang menjalankan kerja-kerja memesin rumput. Objek itu kemudian melantun ke arah kepala kedua-dua mangsa.

“Kita telah menahan pemandu traktor tersebut berusia 26 tahun bagi membantu siasatan dan pada masa ini kes disiasat dibawah Seksyen 304 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Dalam pada itu, Hamazah meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian tersebut kerana polis percaya insiden itu tidak melibatkan sebarang unsur jenayah sebaliknya satu kemalangan. – K! ONLINE