Akhirnya Terbongkar ! 3 Rakan Artis Aniaya Farid Kamil Dengan Dadah?

Pelakon dan Pengarah, Datuk Farid Kamil yang menghadapai pertuduhan berkelakuan ganas di Balai Polis bulan lalu mengatakan ia adalah angkara ‘rakan’ yang mencemarkan minumannya dengan dadah.

Dalam satu laporan Polis yang dibuat di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail pada 31 Januari 2017, beliau juga menuduh kekerasan ke atasnya oleh pihak Polis semasa beliau ditahan reman kerana menyerang Polis dan orang awam.

Berdasarkan laporan yang diterima Malay Mail, pelakon berusia 36 tahun itu menuduh 3 rakan artis lain yang bertanggungjawab memberinya dadah dan menyebabkan perlakuannya di Balai Polis Kota Damansara.

Selain itu, beliau juga melaporkan yang beliau tidak begitu waras ketika itu kerana minumannya dicemari dengan dadah oleh ketiga-tiga rakan artisnya itu, sehari sebelum insiden berkenaan.

Ketiga-tiga rakan artis termasuk pelakon dan pengarah, penyanyi yang pernah terkenal dengan genre R&B semasa 1990an dan juga seorang lagi pelakon yang tidak dapat didedahkan namanya.

Selain dari minumannya, Farid juga mendakwa beliau diberikan rokok yang bersalut dengan sejenis cecair dari ketiga-tiganya yang membuatkan beliau berasa khayal selepas itu. Sehinggalah beliau ditahan selepas positif kerana disyaki penyalahgunaan dadah jenis ganja.

Pelakon itu juga menyuarakan tidak puas hatinya dengan layanan dari pihak Polis ketika ditahan reman, dan juga turut menamakan pegawai Polis yang terlibat sehingga menyebabkan kecederaan ke atas dirinya. Farid juga mempersoalkan tentang tularnya gambar penahanannya kepada pihak media sewaktu penahanannya.

Ketua Pegawai Penyiasat, SAC Fadzil Ahmat mengesahkan yang Farid telah membuat laporan rasmi berkenaan keadaannya yang menyebabkan perlakuan ganasnya.

“Beliau membuat laporan tentang banyak perkara dan pihak kami akan memastikan siasatan penuh akan dilakukan”, katanya.

:: Sumber :: herovira @ Kisahviralpress