“Aku Ni Dah Nak Mati Ke?” – Siti Sarah Kongsi Detik Cemas Dikejarkan Ke Hospital

Penyanyi Siti Sarah mendedahkan dia panik apabila tiba-tiba hampir pitam di kediamannya sebelum dikejarkan ke hospital minggu lepas.

Kata Sarah, dia berulang kali memohon maaf kepada suaminya, Shuib, sepanjang perjalanan ke hospital.

“Aku ni dah nak mati ke? Itu yang bermain-main dalam kepala saya sepanjang perjalanan ke hospital dan ditahan dalam wad sehari.

“Tapi waktu itu saya nampak muka Shuib cool sahaja. Sampailah saya sudah kembali sihat dia ceritakan semula kepada saya dan barulah saya tahu dia memang betul-betul panik,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran produk penjagaan rambut Sugardoll by NN di Flora Terrace, Kuala Lumpur hari ini.

Sarah dalam pada itu menjelaskan punca dia dimasukkan ke hospital bukan kerana diet melampau sebaliknya keletihan dan tekanan darah rendah.

“Pernah saya tidak sempat pulang ke rumah selama lima hari kerana terlalu sibuk dengan persembahan nyanyian.

“Saya tidak pernah tidak makan sebab saya seorang yang akan sentiasa membawa bekal apabila keluar.

“Tetapi mungkin ketika itu saya terlalu sibuk sampailah hampir pengsan.

“Memang saya sudah rasa sakit-sakit badan sejak beberapa hari namun saya kuatkan semangat untuk bekerja dan kuatkan semangat,” tambahnya.

Dalam perkembangan lain, Sarah dilantik sebagai duta kepada produk penjagaan rambut Sugardoll by NN yang merangkumi syampu, perapi, tonik dan vitamin.

Penyanyi Siti Sarah dimasukkan ke hospital akibat mengalami tekanan darah rendah.

Perkhabaran itu disampaikan menerusi kemas kini akaun Instagram (IG) miliknya, shuibsepahtu sebentar tadi.

“Doakan isteri saya sihat. Ibu kena kuat. Didi ade ni teman ibu walau apapun jadi. Love You Sayang,” tulisnya ringkas.

Dalam pada itu, peminat yang risau dengan keadaan tersebut meninggalkan komen yang mendoakan supaya Siti Sarah kembali pulih selepas menerima rawatan.

@zambri7854: ‘Semoga cepat sembuh isteri shuib.. Aamiin.

@nana84_ou74: ‘Bertabahlah melalui ujian ini dan semoga Sarah cepat sembuh dan dapat rehat yang cukup.

@fe_beauti.bestseller: ‘Semoga isteri kembali sehat disamping suami dan keluarga. Ameen.

@alestinfakhrurazi: Allah nak bagi ujian kepada hambanya untuk menghapuskan dosanya. Semoga Sihat semula.

Sumber gempak.com via kiniviral

Shuib Tinggalkan Sinar FM, Siti Sarah Masuk Hospital

Diterbitkan: Rabu, 29 November 2017 10:58 AM

Shuib umum tinggalkan Sepahtu Sinar, Sarah pula masuk hospital.

PENYANYI dan isteri kepada pelawak Shuib (Sepahtu) iaitu Siti Sarah Raisuddin terpaksa dikejarkan ke hospital pada malam Selasa disebabkan tekanan darah rendah secara tiba-tiba.

Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 33, berkata keadaan Sarah pada ketika itu sangat membimbangkan namun semakin pulih pada pagi ini.

“Saya nak ucapkan terima kasih kepada yang mendoakan Sarah. Alhamdulillah, walaupun malam tadi keadaan dia amat membimbangkan, tapi pagi ini dah okey.

“Nasib baik selamat sempat ke hospital kalau tidak…. (tak tahulah apa akan jadi). Malam tadi, tekanan darah dia turun habis dan amat membimbangkan,” kata Shuib.

Keadaan Siti Sarah pada malam tadi sangat membimbangkan.

Shuib memberitahu keadaan isterinya itu menerusi Instagram secara langsung pada pagi, Rabu.

Selain itu, Shuib juga ada memuat naik foto Sarah dan meminta peminatnya untuk mendoakan isterinya itu supaya cepat sembuh.

Dalam pada itu, Shuib juga membuat pengumuman bahawa hari ini merupakan hari terakhir dia  bertugas  sebagai penyampai radio di stesen Sinar FM.

Bagaimanapun, dia tidak dapat berada di konti Sepahtu Sinar disebabkan perlu menjaga isterinya yang sedang sakit.

Menurut Shuib lagi, keputusan itu dibuat atas tuntutan kerja lain dan masa yang tidak mengizinkan.

“Sebenarnya hari ini lain daripada yang lain. Pasal saya, hari terakhir di Sepahtu Sinar. Berat hati tapi kita kena buat keputusan.

“Hari ini patut saya ada lagi di konti, dah rancang macam-macam tapi itu lah, tak tahu pula jadi macam ini.

“Keputusan ini dibuat atas tuntutan kerja lain dan masa. Mohon maaf sangat kepada anda semua sebab tak boleh bersama Sepahtu Sinar lagi,” ujarnya.

Selain Shuib, segmen tersebut juga dikendali Jep dan Rahim yang mula ke udara sejak 30 November 2015 bermula dari pukul 6 hingga 10 pagi sepanjang lima hari bekerja.