Al-Fatihah.. Salam Takziah Buat Eyka Farhana, Semoga Arwah Tenang Disana.

Kehilangan orang yang tersayang pasti menjadi pengalaman pahit buat pelakon yang sedang meningkat naik, Wan Atiqa Farhana binti Wan Sarmizi atau lebih dikenali sebagai Eyka Farhana.

Semalam, ( 23 Ogos) pelakon ini baru sahaja kehilangan kakak tercinta yang pergi buat selama – lamanya.

” Ya Allah, Kau Maha Berkuasa Ya Allah. Tak sangka semalam hari terakhir dapat peluk cium kakak , dapat tengok akak tenung semua orang. Tapi ini lah jalan yang buat kakak tenang, di syurga tempat kakak , adik doakan akan bahagia di dunia sebenar kakak. Alhamdulillah tanpa apa halangan kakak eyka Wan Anis Farhana Selamat dikebumikan. Adik rindu kakak sangat , tunggu adik dekat sana ya. -Al-fatihah -“

Eyka telah berkongsi berita tersebut melalui akaun Instagram nya. Sebelum ini Eyka sering kali dilabelkan sebagai pelakon yang seksi.

Tampil dengan harapan dan azam baru, Eyka tekad untuk kembali mewarnai industri hiburan tanah air.

Salam takziah diucapkan buat Eyka Farhana sekeluarga.