AWAS!! Bahaya Melakukan 7 Perkara Ini Selepas Selesai Hubungan Intim.

Bahaya Melakukan 7 Perkara Ini Selepas Selesai ‘Hubungan Intim’. Awas No 3 dan 6 ramai yang melakukannya! | Melakukan hubungan intim suami isteri bukanlah sekadar melakukan hubungan seks semata-mata.Tetapi juga berkaitan dengan apa yang harus anda lakukan sebelum dan selepas nya.

Pasangan selalunya mengambil mudah perlakuan selepas hubungan seks dan selalu berkelakuan yang menyakitkan hati pasangan secara tidak sedar. Ini adalah beberapa perkara yang mesti anda elakkan.

1.Bergegas ke bilik air

Sangat ramai yang secara kebiasaan bergegas ke bilik air selepas selesai melakukan hubungan seks. Bertujuan membersihkan diri. Memang anda perlu membersihkan diri tetapi adalah lebih baik jika anda berbaring dengan pasangan seketika.

2. Buat perkara-perkara yang tak senonoh

Jangan sekali-kali korek hidung, kesat hingus, kentut dan menggaru ditempat yang tak sepatutnya. Sebab ia akan menyebabkan hubungan yang indah yang anda baru lakukan tadi sudah tidak menarik lagi. Sepatutnya keintiman hubungan seksual berpanjangan walaupun selepas anda melakukannya.

3.Terus tengok telefon

Terus ambil telefon, check sms ataupun facebook sebaik sahaja selesai melakukan hubungan seks akan menyebabkan isteri atau suami anda seperti tidak dihargai setelah apa yang pasangan anda berikan seketika tadi. Memang kadang-kadang anda seorang yang sangat sibuk tetapi saat selepas melakukan hubungan juga sangat berharga. Hormatilah pasangan anda.

4. Bergegas memakai baju.

Bergegas memakai baju dan tidur atau melakukan perkara lain menggambarkan bahawa seks adalah suatu tugas semata-mata kepada anda. Bagaimana untuk menyemarakkan rasa cinta dalam perhubungan anda sekiranya anda tidak mengambil kesempatan bermesra selepas melakukan hubungan seks.

5. Berbangga dengan kehebatan sendiri

Bercerita kepada pasanga betapa hebatnya perestasi anda sewaktu melakukan hubungan seks sebelumnya akan menyebabkan pasangan anda berasa jijik terutamanya isteri. Sekiranya anda sebagai suami memang hebat di ranjang, biarlah isteri anda sendiri yang memuji.

6.Terus tengok TV

Menonton TV sebaik selesai melakukan hubungan seksual suami isteri menggambarkan keintiman yang anda bina ketika melakukan hubungan tadi tidak berapa bermakna kepada anda. kerana sekiranya ia bermakna,anda tidak akan meninggalkan pasangan untuk melakukan perkara lain. Kalau boleh tontonlah rancangan kegemaran bersama sekiranya anda mahu menonton.

7. Tidak bermesra dan terus tidur

Sesetengan pasangan hanya terus tidur apabila sudah selesai melakukan hubungan intim. Adalah lebih baik anda berpeluk pelukan , bergurau dan bermesra ataupun berbincang mengenai hal keluarga anda. Gunakan waktu ini untuk menasihati pasangan secara baik kerana kebiasaannya waktu ini pasangan anda akan menerima segala nasihat anda.