Bangsa Johor Mengamuk, Gara-gara Pergi Rumah Urut Tak Dapat Klimaks

Petubuhan Prihatin Malaysia(Prihatin) meluahkan rasa tidak puas hati berikutan lambakan pusat hiburan yang dibuka tanpa pengawasan pihak berkuasa di sekitar daerah ini.

Pengerusinya, Dr Mohd Hisham Surgi berkata, lambakan pusat hiburan mampu memberikan kesan kepada penduduk di sekitar memandangkan daerah ini dikenali sebagai kawasan yang aman.

“Sejak akhir-akhir ini, banyak pusat hiburan yang dibuka secara berleluasa di samping menyediakan perkhidmatan seks kepada pelanggan.

“Kebanyakan pusat hiburan ini tidak diawasi dan mendapat kunjungan daripada orang Islam di sekitar daerah ini,” katanya ketika ditemui Sinar Harian,semalam.

Menurutya, penglibatan daripada orang Islam yang turut mengunjungi pusat hiburan seperti rumah urut dan pusat karaoke mampu memberi imej buruk kepada agama.

“ Kita tidak mahu agama Islam yang dipandang suci mendapat imej buruk disebabkan penglibatan sesetengah individu beragama Islam,” katanya.

Pihaknya turut memanjangkan perkara ini kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada 20 September lalu bagi membolehkan tindakan dan pemantauan dijalankan terhadap sesetengah pusat hiburan yang dibuka tanpa lesen serta melanggar peraturan ditetap.

Beliau berkata, perbincangan mengenai masalah lambakan pusat hiburan itu turut dilakukan bagi mencari penyelesaian.

“Antara agenda perbincangan itu adalah mengenai langkah pencegahan dan punca pertambahan pusat hiburan di sekitar daerah serta negeri ini.

“Dalam pada itu, kita turut mengatur sesi perbincangan dengan beberapa pihak berhubung permasalahan sama namun kebanyakkan tidak memberi respon,” katanya.

Menurutnya, permasalahan ini perlu diberi penekanan supaya minda masyarakat tidak terpengaruh dengan budaya luar yang sememangnya beri kesan buruk.

“ Kita ada mengajukan perkara ini kepada beberapa pertubuhan namun tidak mendapat sebarang maklum balas,” katanya.

Mohd Sham berkata, banyak kempen yang dijalankan beberapa pihak bagi mengatasi masalah sosial ini namun perlaksanaan terhadap isu tidak dijalankan secara efektif.

“Isu tersebut tidak dapat diselesaikan jika pihak terlibat tidak melakukan perlaksanaan terhadap kempen berkenaan.

“Semua kempen tersebut hanya cakap kosong sahaja kerana apabila pihak kami hendak bersama, tiada respon diterima,” katanya.