Hanya Kerana Mencuri Makanan,Budak Lelaki Ini Dibakar Hidup-Hidup

berusia 7 tahun telah dibakar hidup-hidup dan dipukul dengan kejam sehingga mati. Kes ini berlaku di sebuah daerah di Badagry di ibu negara Nigeria.

Rakaman video ini meyaksikan seorang kanak-kanak dibakar dan dipukul sehingga berdarah tanpa belas kasihan dan disaksikan sekumpulan orang-orang awam.

Mangsa dikatakan telah ditangkap oleh orang ramai ketika mencuri makanan di sebuah pasaraya. Dia terus dipukul berulang kali walaupun telah merayu agar dimaafkan namun tidak dihiraukan oleh mereka dan terus menerus memukul tanpa henti.

Melalui rakaman video kelihatan seorang lelaki cuba meletak satu tayar ke leher mangsa dengan niat untuk mencurahkan minyak bagi membakar mangsa namun mangsa berjaya menolak keluar tayar itu dari lehernya.

Mangsa telah dibakar dan dipukul hingga mati. Kejadian ini telah menjadi viral dengan mendapat liputan media di seluruh dunia.