Ibu tunggal turut menonton ketika anak dilacurkan di Johor

HANYA kerana wang saku antara RM1 hingga RM20, dua orang gadis bawah umur dilacurkan secara paksa dengan lelaki-lelaki warga Bangladesh sambil ditonton oleh ibunya sendiri dalam beberapa kejadian di bilik hotel bajet.

Ibu tunggal durjana itu menerima bayaran sebanyak RM50 setiap kali melacurkan kedua-dua anaknya yang berumur 10 dan 13 tahun.

Wanita berusia 39 tahun yang digelar sebagai “ibu durjana” itu telah mengaku bersalah terhadap kesemua pertuduhan jenayah kejam yang dilakukannya itu dan telah dijatuhkan hukuman penjara selama 150 tahun oleh mahkamah semalam.

Berdasarkan fakta kejadian, ibu tunggal berkenaan telah melacurkan kedua-dua anaknya secara paksa kepada dua orang lelaki warga Bangladesh di sebuah hotel bajet pada 5 tarikh yang berasingan — 1 Oktober dan 4 Oktober hingga 7 Oktober.

Ibu tunggal yang tidak bekerja itu dilapor akan menonton setiap kali ketika lelaki Bangladesh tersebut mengambil giliran meratah anak-anak gadisnya yang masih di bawah umur itu.

Tertuduh telah ditahan oleh pihak polis pada 25 Oktober selepas anak perempuannya yang berusia 13 tahun menangis meminta bantuan daripada seorang guru melalui aplikasi WhatsApp.

Remaja itu yang sudah 18 hari tidak hadir ke sekolah menghantar mesej kepada gurunya menggunakan telefon bimbit milik tertuduh mengatakan bahawa ibu telah menjualnya kepada lelaki warga asing.

Image result for Ibu tunggal lacur anak

Guru berkenaan telah memberitahu pihak berkuasa sekolah dan perkara itu telah diajukan kepada Jabatan Pendidikan Negeri, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan juga pihak polis.

Dalam mahkamah semalam, ibu tunggal itu yang memakai tudung berwarna oren, berbaju biru dan berseluar panjang hanya menundukkan kepala ketika mengaku bersalah kepada semua pertuduhan yang dibacakan terhadapnya oleh penterjemah mahkamah.

Dia telah didakwa di bawah Seksyen 31 (1)(b) Akta Kanak-kanak 2001 dibaca bersama dengan Seksyen 16(1) Akta Kesalahan Seksual Kanak-kanak 2017, yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih dari RM 20,000 atau penjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang tidak didedahkan nama bagi melindungi identiti anaknya, tidak diwakili peguam merayu agar hanya dikenakan hukuman denda dengan alasan dia perlu menjaga 2 orang lagi anak berusia 4 dan 5 tahun.

Ibu tunggal itu meskipun tidak menunjukkan sebarang penyesalan atas perbuatannya, dilaporkan menangis selepas hukuman dijatuhkan oleh Hakim Mahkamah Seksyen, Kamarudin Kamsun.

Tertuduh dijatuhkan hukuman penjara selama 150 tahun bagi setiap pertuduhan. Bagaimanapun hukuman berjalan serentak bagi kesalahan pada tarikh yang sama, bermakna ibu tunggal itu perlu menjalani hukuman penjara selama 75 tahun.

Ibu tunggal itu sebelum ini dilaporkan ditahan oleh pihak polis pada 25 Oktober di rumahnya yang terletak di Senai Johor.

Image result for Ibu tunggal lacur anak

Tertuduh tinggal bersama dua orang anak perempuannya, hasil perkahwinan kali keempat dan kelima, dalam salah satu daripada enam buah bilik sebuah bangunan komersial dua tingkat di kawasan tersebut.

Remaja-remaja tersebut telah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah bagi menjalani pemeriksaan dan laporan perubatan mengesahkan bahawa terdapat kesan koyakan lama di sekeliling anggota sulit mereka.

Mereka kini di bawah jagaan jabatan kebajikan negeri.

Selepas mendengar hukuman yang dikenakan terhadap ibu tunggal itu, salah seorang jiran yang hanya mahu dikenali sebagai Malar berkata, dia harap remaja-remaja itu dapat meneruskan hidup dan memulakan hidup baru.

“Saya kasihan dengan anak-anak itu, semoga dengan kaunseling yang baik, mereka dapat atasi dugaan ini dan hidup dengan lebih baik,” kata surirumah yang berusia 38 tahun itu seperti yang dipetik oleh The Star.

Kedua-dua remaja itu katanya tidak banyak bercakap dan kelihatan sangat taat kepada ibu mereka.

Katanya lagi dia tidak pernah lihat anak-anak lain dengan wanita itu kecuali dua remaja berkenaan. — 14 November 2017