Itu Bukan Darah ‘Period’- Nur Sajat Jelaskan Cerita Sebenar

Loading...

Semalam, tular di media sosial mengenai sebuah gambar darah kotor(haid) yang telah dimuatnaik oleh pengasas dan pemilik Nur Sajat AestheticNur Sajat Kamarulzaman dimana menurut beliau sedang mengalami proses haid

Dek kerana gambar tersebut, rata-rata netizen telah menghentam Sajat kerana mereka berasakan beliau tidak perlu memuat naik gambar berkenaan yang disifatkan sebagai kotor. Menyedari akan sensitiviti tersebut, Sajat bertindak memadam gambar tersebut namun masih tular di media sosial kerana dipercaya netizen terlebih dahulu menyimpan gambar berkenaan.

Sajat Mengaku Itu Hanya Darah Bekam

Sajat Bakal Bertunang?

Di dalam video live tersebut, Sajat yang bersama teman tapi mesra nya, Coach Yin sempat bergurau dengan mengatakan mereka sedang mencari cincin malah Sajat juga kelihatan sangat gembira memberitahu berita tersebut. Adakah ini juga gurauan Sajat seperti sebelum ini? Terdahulu, Sajat telah memberitahu kepada umum bahawa beliau sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga pada tahun hadapan.

 

Loading...