Kopi campuran segera perisa durian disyaki mengandungi dadah, Bagaimana kesemua mangsa memperoleh kopi ini pasti mengejutkan anda!

Pihak polis mengesahkan terdapat bahan asing disyaki dadah di dalam kopi campuran segera berperisa durian yang menyebabkan lima individu terpaksa dikejarkan ke hospital setelah mengalami keletihan dan pening melampau baru-baru ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Timur Asisten Komisioner Anuar Omar, pegawai Teknologi Makanan, Makmal Keselamatan dan Kualiti Makanan Pulau Pinang telah mengesahkan terdapat benda asing dipercayai sejenis dadah di dalam campuran kopi berkenaan.

BH Online

Walau bagaimanapun, jenis dadah masih belum dikenal pasti. Tambahnya lagi, keputusan berkenaan diperoleh melalui hasil analisa makmal terhadap kandungan paket kopi yang diminum oleh dua warga Nepal tersebut.

“Hasil analisa sampel paket kopi menunjukkan ia sudah dibuka dan dipaketkan semula kerana bahagian bawah bungkusan ada kesan koyakan”.

Menurut Anuar lagi, terdapat penambahan 10 gram pada berat paket berkenaan yang asalnya hanya seberat 40gram. Di samping itu, kandungan serbuk kopi itu juga didapati mengandungi benda asing berwarna hijau yang tidak didapati di dalam kandungan paket asal.

Ketika ditanya bagaimana paket kopi tersebut boleh sampai ke tangan mangsa, kedua-dua warga Nepal yang dikenali sebagai Sapkotamangal Prasad dan Vishnu Shrestha mendakwa mereka menerima kopi campuran segera berperisa durian itu secara percuma daripada wanita yang tidak dikenali.

NST

Suspek didakwa telah memberikan 16 paket kopi secara percuma kepada kedua-dua mangsa yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dan terus beredar tanpa memberikan penjelasan.

Selepas dua minit meminum kopi beracun berkenaan, mereka mula mengalami kesakitan di bahagian dada dan kesukaran untuk bernafas sebelum mereka akhirnya pengsan tidak sedarkan diri.

“Dalam kejadian pertama Sabtu lalu, dua mangsa menerima rawatan di HPP selepas minum kopi campuran segera itu dan mereka turut memperoleh paket kopi secara percuma daripada seorang individu yang tidak dikenali di sebuah tokong”.

Sinar Online

Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 272 Kanun Keseksaan kerana mencampurkan makanan atau minuman untuk jualan dengan benda yang kurang baik. Jika sabit kesalahan, pesalah akan menerima hukuman denda sebanyak RM2,000 atau penjara selama enam bulan atau kedua-duanya sekali.