Lelaki Di Baham buaya ketika berak

Seorang lelaki mangalami detik mengerikan apabila tangan kanannya diterkam buaya ketika hendak buang hajat di Sungai Dumaring Borneo kalimantan kira-kira jam 18:30 petang semalam.

Mangsa yang dikenali sebagai Saharuddin (21) sempat melawan buaya berkenan sebelum berjaya menyelamatkan diri.

Menurut saksi kejadian ibu mangsa,katanya anaknya itu hendak mengambil air untuk buang hajat,dan tangan kananya tiba tiba di terkam oleh seekor buaya.

Mangsa yang berjaya menyelamatkan diri,berlari meminta bantuan orang awam sebelum dibawa kehospital untuk mendapat rawatan

Akibat daripada kejadian itu mangsa mengalami luka koyak dibagian tangan dengan 57 jahitan dan patah tulang siku.

Bagaimanapun pihak polis kawasan itu mengesahkan kejadian dan meminta warga setempat untuk berhati-hati sementara anggota memantau sungai di kawasan berkenan.