Misteri penemuan mayat wanita bogel dalam bilik hotel

PERAK : Seorang mayat wanita ditemukan dalam keadaan tanpa sehelai pakaian didalam bilik Hotel Premium, Bandar Meru Raya Ipoh Perak dalam kejadian kelmarin.

Menurut saksi, Pada 2/3/18 lebih kurang jam 4.15 petang, mangsa yang dikenali sebagai Nor Azian bt Mohamad Amin berasal dari Kg Seri Ketengga, Mukim Siong, 09100 Baling, Kedah.mendaftar masuk hotel seorang diri.

Mangsa sepatut keluar 3/3/18 tapi pada jam 12.30 tengah hari, house keeping ketuk pintu bilik dan mangsa sempat membuka pintu dan memberitahu minta masa 10 minit kerana sakit kepala.

Mangsa tak keluar hingga lebih kurang jam 1.30 tengah hari ,house keeping ketuk pintu tapi tak buka dan guna master key untuk buka pintu dan mendapati mangsa terbaring separuh bogel atas katil dengan hidung berdarah.

Panik dengan hal berkenan, house keeping kemudian memaklumkan kejadian kepada pihak polis.

Hasil siasatan dilokasi kejadian,mangsa berada diatas katil dalam keadaan bertelanjang dan terlentang. Mulut mangsa juga memiliki kesan darah dan terdapat kesan lebam di bawah payudara sebelah kanan. Turut dijumpai pelbagai jenis ubat-ubatan hospital dan farmasi yang di percayai milik mangsa.

Forensik telah menjalankan siasatan di dalam bilik tersebut dan telah menjumpai beberapa barang bukti. Forensik telah berjaya mengesan satu kesan cap jari pada pemegang cawan dan satu lagi swabbing pada botol minuman 500ml.

Wanita itu datang ke hotel dengan kereta jenis Honda Civic warna hitam no pendaftaran PLG 2798. mangsakerap check in di Hotel ini. Kali terakhir check in di hotel ini pada 2/2/18 dan check out 3/2/18.Sehingga kini kes masih dalam siasatan lanjut.