Panas…!!! Pertelingkahan Dengan DS Vida, Ini Respon Edry KRU Yang Sangat Memeranjatkan…

Loading...

Sebelum ini telah timbul dakwaan mengenai pertelingkahan komposer lagu, Edry KRU dengan penyanyi lagu I Am Me iaitu DS Vida.

Isu yang timbul ialah siapakah pemilik lagu I Am Me dan juga isu tentang muzik video yang sepatutnya dimuatnaik di laman media Vida namun telah dimuatnaik di channel KRU.

Betulkah isu ini timbul? Ini respon Edry KRU tentang isu ini.

REBUT HAK CIPTA

“Demo asalnya memang saya semua. Kemudian bila masuk studio semestinya sebagai penyanyi DS Vida ada sumbangan, akan menginterpretasi lagu tersebut. Tetapi keseluruhannya memag lagu saya

“Saya rasa tak ada tentang isu lah. Semua demo dari saya. Ini adalah gabungan dari 3 lagu asal. Verse lain, pre korus lain dan korus lain. Melodi lirik saya yang menulis.

TENTANG MUZIK VIDEO SEPATUTNYA DIMUATNAIK DI LAMAN DS VIDA

I”tu diluar kawalan saya. Saya tak uruskan dari segi pemasaran. Terpulang kepada DS Vida dan pihak pengurusan KRU. Saya hanya komposer sahaja, tak tahu masalah yang ditimbulkan.

Itulah antara kata-kata dari Edry Andul Halim selaku komposer lagu yang sedang viral.

Sebelum ini ada video ‘lirik’ lagu I Am Me yang dimuatnaik pda bulan Julai lalu di laman media KRU dan menjadi hit sehingga mencecah 8 juta tontonan.

Kini pada awal Oktober, DS Vida telah memuatnaik muzik video rasmi di media rasminya dan mencecah setengah juta tontonan dalam masa 5 hari.

 

Loading...