Patutlah Dah Lama Tak Berlakon! Ini 15 Foto Terbaru Dan Keadaan Terkini Jehan Miskin Yang Sangat Mengejutkan.. Semoga Beliau Sentiasa Dalam Keadaan Sihat

Jehan Miskin ialah seorang pelakon, peragawan dan pengacara televisyen Malaysia. Semenjak memulakan kerjaya dalam iklan Winston Kickboxer pada tahun 2001, anak kelahiran Pulau Pinang ini sudah terlibat dalam penggambaran empat iklan televisyen dan satu iklan cetak.

Beliau memulakan kerjaya lakonan dalam rancangan 3R pada tahun 2003, dan memegang peranan watak utama buat julung kalinya dalam telemovie Dengan Nama Cinta pada tahun yang sama.

Semenjak itu, beliau sudah terlibat dalam lebih 20 judul rancangan televisyen yang berbeza, terutamanya Gila-Gila Pengantin, Manjalara dan Inspirion. Jehan mula berkecimpung dalam lakonan layar besar pada tahun 2005 melalui filem Qaisy & Laila yang dirakam di Afghanistan.

Jehan juga dikenali sebagai pengacara televisyen versi Malaysia rancangan realiti So You Think You Can Dance dan tiga

Sibuk dengan kerjaya masing-masing, pelakon dan penerbit, Jehan Miskin, 37, menganggap perkahwinannya bersama isteri tercinta, Julie Camelia Rhee, 32, sangat unik.

Apa tidaknya, sejak mendirikan mahligai hampir tiga tahun lalu, Jehan mengaku kesibukan bekerja menjadikan dirinya dan Julie sentiasa mencari peluang meluangkan masa berkualiti bersama

Bagi Jehan, alam perkahwinan memberi perspektif baharu buat dirinya.

“Mungkin kerana saya mempunyai persepsi yang berbeza mengenai perkahwinan. Sukar untuk saya ungkapkan keseronokan hidup berumahtangga. Tiada apa yang ingin saya rungutkan.

“Saya dan isteri bebas melakukan aktiviti riadah kami. Malah, ketika ini, isteri saya berada di India bagi menjalani aktiviti yoga selepas selesai tugasannya di sana.

“Saya pula menggunakan masa terluang menunggang motosikal hingga ke China. Mungkin tidak ramai tahu minat saya menunggang motosikal,” katanya kepada BH Online.

Mengulas mengenai karier seni, bintang filem Apokalips X itu mengaku tidak ada jawapan bila dia akan kembali aktif.

Hakikatnya, Jehan lebih selesa aktif di belakang tabir dengan menghasilkan produk sendiri. Dia juga memilih karya jika mahu kembali beraksi di layar perak.

“Saya selesa dengan tugas di belakang tabir sebagai penerbit dan pengarah.

“Saya tidak ralat biarpun ada antara produk yang dihasilkan syarikat saya dipuji. Tapi hakikatnya, orang tidak tahu ia adalah karya saya,” katanya.