Pengantin Menangis Yang Viral Dedahkan Perkara Sebenar

Loading...

Sejak kelmarin viral di laman sosial video pengantin lelaki yang gementar malah mengalirkan air mata ketika hendak memegang tangan isterinya kali pertama selepas ijab dan kabul untuk menyarungkan cincin perkahwinan mereka.

Video tersebut dimuat naik oleh pelakon terkenal Fasha Sandha dalam instagram miliknya semalam dengan caption berharap agar mendapat jodoh dengan lelaki yang baik seperti di dalam video tersebut.

Status tersebut mendapat reaksi ramai netizen yang mengaminkan doakan Fasha Sandha selain mendoakan jodoh pasangan dalam video berdurasi seminit itu berkekalan.

Tular hingga ke Indonesia

Dalam pada itu sebenarnya ramai yang tertanya-tanya siapa gerangan pengantin lelaki dan perempuan tersebut.

Video pernikahan itu adalah milik pasangan Nurul Hidayah Zaini dan suaminya Mohd Jazlan Mohd Jan. Malah ia pernah viral sebelum ini.

 

Ia dirakam selepas majlis akad nikah mereka hampir setahun yang lalu. Mengimbas jodoh pasangan ini, keduanya dipertemukan buat kali pertama oleh ibu bapa Nurul Hidayah di Masjid Nabawi.

Tidak bercinta seperti pasangan muda mudi sekarang, Nurul Hidayah dan Jazlan berkenalan hanya seketika sebelum melangsungkan pernikahan Julai tahun lalu.

Tidak hairanlah jika Jazlan yang ketika ini masih menuntut di Arab Saudi begitu gementar untuk menyarungkan cincin ketika upacara membatalkan air sembahyang.”

“Cemas sikit masa nak pegang tu, saya tak pernah pegang tangan perempuan seumur hidup saya,”kata Jazlan memetik status Nurul Hidayah ketika mengimbas kembali video pernikahan mereka yang baru-baru ini tular di Indonesia pula.

Baru sambut anniversary pertama

Selepas setahun mendirikan rumah tangga, berikut dikongsi foto pasangan ini dan sama-sama kita doakan kebahagiaan mereka hingga ke jannah.

 

 

Sumber: instagram nurulhidayahzaini, jaz_z88 dan www.thevocket.com

Loading...