Polis Wanita dicabul berkali-kali dalam Balai, dan rakam gambar dada

KUALA LUMPUR – Seorang polis wanita telah dicabul di dalam balai polis oleh rakan sejawat lelaki yang berumur 28 tahun.

China Press melaporkan, mangsa berumur 24 tahun telah disentuh oleh suspek beberapa kali dan suspek kemudian juga merakamkan gambar dada mangsa.

Mangsa telah membuat laporkan polis pada 1 November dan suspek juga menyerah diri di balai polis di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Suspek bagaimanapun membela diri dengan memberitahu bahawa ruang pejabat yang terlalu sempit menyebabkan dia tersentuh bahagian dada dan tubuh mangsa.

China Press melaporkan, kejadian itu berlaku pada 30 Oktober lalu di sebuah balai polis di Seberang Perai. Selain suspek dan mangsa, terdapat tiga anggota polis yang lain bertugas dalam balai tersebut.

Tidak tahan dengan suspek yang didakwa merakamkan gambar dada kanannya, mangsa dikatakan menyepak seterusnya mencakar muka suspek selama hampir satu minit.

Sumber memberitahu, mangsa mengenali suspek selama hampir dua tahun tetapi suspek hanya mula berjenaka mengenai mangsa sejak tiga bulan kebelakangan ini.

Kedua-dua polis tidak mempunyai sebarang rekod disiplin sebelum ini.

5 Gambar Selanjutnya Hanya Untuk 18Thn Ke Atas Sahaja. Klik Gambar Kotak Di Bawah dan masukkan Password ( 1234 )