Punca Sebenar Pekerja asing maut ditolak rakan asrama dari tingkat tiga didedahkan!

SITIAWAN: Seorang pekerja asing maut apabila dipercayai ditolak dari tingkat tiga oleh rakan asramanya di Kampung Acheh, dekat sini, Jumaat lalu.

Dalam video yang tular di media sosial, pekerja warganegara Nepal berkenaan dilihat diangkat menaiki pagar penghadang hostel dan ditolak ke tingkat bawah oleh seorang lelaki lain.

Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Mohamad Hanif Othman berkata kejadian tersebut dipercayai berpunca akibat mabuk.

“Kami menerima satu laporan berkaitan dengan kejadian bunuh sekitar jam 2.09 pagi pada Jumaat lepas.

“Siasatan awal mendapati motif berlakunya pergaduhan dan pergelutan berkenaan adalah disebabkan mabuk di mana seorang pekerja kilang, warganegara Nepal telah ditolak jatuh dari tingkat tiga.

“Suspek adalah seorang lelaki warganegara Nepal yang tinggal di hostel yang sama,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Jelasnya, mangsa disahkan meninggal dunia pada keesokan harinya setelah hasil bedah siasat di Hospital Seri Manjung.

Mohamad Hanif berkata kes diklasifikasikan dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan

sumber: astroawani

VIDEO: 

Warga Nepal dihumban dr tingkat 3 oleh rakan sekerja. punca dlm siasatan polis. kejadian berlaku di asrama pekerja di Sitiawan, Perak jam 2.09 pagi tadi