Ruginya Tak Peluk Isteri Ketika Tidur Setiap Hari, Ini 7 Manfaatnya Buat Kesihatan Lelaki. Yang Paling BEST yang LAST

Ramai pasangan suami isteri hari ini tidak menyedari sentuhan fizikal amat diperlukan dalam sesuatu hubungan. Kesibukan, keletihan dan kekangan masa bukanlah satu alasan untuk tidak memberi sokongan emosi kepada pasangan kita iaitu dengan cara berpeluk.

Satu kaji selidik terbaru menunjukkan, pasangan suami isteri yang tidur secara berpelukan setiap hari mendapat banyak kelebihan yang tersendiri. Jom, terokai antara kelebihan tidur berpelukan bersama pasangan yang wajib anda ketahui.

Berikut antara kelebihan tidur berpelukan bersama pasangan:

1. Mencegah Stres

Ketika tidur dengan seseorang yang anda cintai, ini boleh membantu meringankan fikiran dan mengurangkan tahap stres. Apatah lagi jika akhirnya anda tidur berpelukan dan bercinta, manfaatnya boleh menjadi lebih dari itu. Ini kerana pelukan dapat menghilangkan kesakitan dan membantu meningkatkan peredaran darah pada tisu-tisu lembut dalam tubuh badan.

2. Menaikkan Kadar Hormon ‘Oxytocin’

Hormon oxytocin dikatakan juga sebagai hormon cinta. Apabila banyak hormon cinta dirangsang, maka bertambahlah kasih sayang dan ia dapat menghilangkan perasaan kesunyian atau kemarahan.

3. Tidur Lebih Nyenyak

Jika anda sukar tidur, mintalah pasangan memeluk anda semasa tidur. Kajian membuktikan, tidur berpelukan secara automatik membantu anda menyingkirkan masalah seperti sukar tidur (insomnia), merasa lebih relaks dan tidak memikirkan hal-hal lain dan membuatkan lebih cepat terlelap.

4. Baik Untuk Jantung

Tidur di samping pasangan juga baik untuk kesihatan jantung anda. Oleh itu, anda rasa aman dan kehangatan menyebabkan jantung pada kelajuan normal, sehingga tidak menyebabkan ketegangan pada jantung anda.

5. Bangun Penuh Bertenaga

Kebahagiaan tiada habis ketika bangun tidur, anda tetap melihat pasangan di samping anda. Malah, para pengkaji mendakwa, anda bakal merasakan tenaga positif yang melimpah dan bersemangat untuk bekerja.

6. Tanda Luahan Kasih Sayang

Pelukan adalah tanda luahan kasih sayang antara suami dan isteri. Ia memperbaiki hubungan yang retak dan menyuburkan kasih sayang antara suami isteri serta meningkatkan kepercayaan pada pasangan.

7. Panjang Umur

Sebuah kajian menunjukkan, seseorang yang berehat di samping pasangan yang dicintainya dapat membuatkan otak, jantung, dan organ lain bekerja secara santai. Akhirnya, tanpa disedari perkara ini meningkatkan umur anda.

Sumber : Mingguan Wanita