Sahutan Solat Zuhur Tak Berbalas, Rupanya Berhujung Dalam Keadaan Mengerikan

Seorang lelaki yang di anggarkan berusia 35 tahun ditemukan maut dengan keadaan mengerikan dipercayai terjatuh ketika memetik buah mangga dikebun miliknya dekat desa lete Wungana Nusa tenggara barat.

Mangsa pertama kali ditemukan oleh lelaki pemilik tanah sebelah kebun mangsa yang merasa pelik sahutan untuk pulang tidak berbalas.

Dimaklumkan, mangsa tergelincir sebelum terjatuh dan tubuhnya tertanjam ke tunggul kayu sebesar kaki,yang berada tepat di bawah pohon mangga miliknya.

Mangsa disahkan meninggal dunia dilokasi kejadian,kejadian malang itu di percayai berlaku kira-kira jam 11 pagi semalam, dan diketahui kira kira jam 1:30 selepas pemilik tanah sebelah kebun milik mangsa hendak mengajak mangsa pulang untuk melaksanakan solat zuhur.