Selepas Mia Ahmad Kini Giliran Zira Cium Suaminya Nabil Ahmad

Pelawak terkenal Nabil Ahmad dahulunya pernah dikecam netizen gara-gara foto beliau sedang bercumbu dengan isterinya yang dimuat naik di akaun Instagram milik seorang jurugambar profesional. Nabil yang mempunyai urusan kerja di Venice, Italy itu pergi bersama isterinya.

Namun kecaman dari netizen ini langsung tidak diambil peduli oleh Nabil, lebih-lebih lagi bila makcik bawang yang lebih-lebih dalam ruangan komen. Terbaru, sebuah gambar mereka bercium sekali lagi tular di media sosial dan undang komen negatif dari netizen.

Gambar isterinya, Nazirah Ayub, cium di pipi Nabil yang tersebar di internet bukan datang daripada laman sosial miliknya. Foto terbabit dimuatnaik oleh jurugambar profesional dan dimuatnaik di akaun Instagram.

Seakan lali dengan gosip dalam industri hiburan tanah air, pelawak dan pengacara Gegar Vaganza ini tenang berdepan isu tersebut. Cium suami sendiri bukan suami orang lain.