Seorang Guru Dituduh Menghasil Dan Menyimpan Foto Dewasa !!

Guru dituduh menghasil dan menyimpan foto lucah, goda isteri orang untuk lakukan persetubuhan haram.Safriduwan Safar, 43, didakwa tiga pertuduhan tersebut di Mahkamah Sesyen di sini, namun mengaku tidak bersalah, lapor Utusan Online.

Beliau dituduh membuat 63 keping gambar dan 22 video lucah di telefon bimbit di rumah di Kuantan pada jam 1.33 petang 1 Mac lalu, lapor Berita Harian pula.Guru sekolah rendah di Felda Jengka juga dituduh memiliki gambar dan video lucah itu di dalam telefon bimbitnya pada 17 Mac lalu jam 6.21 petang.

Safriduwan dituduh bawah Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan. Jika bersalah, lelaki itu boleh dihukum penjara hingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.Bapa dengan tiga anak itu juga dituduh mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan atas memikat penjawat awam bagi tujuan melakukan persetubuhan haram.

Jika bersalah, seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.Timbalan pendakwa raya Mohamad Shahrizzat Amadan memohon agar Hakim Siti Aminah Ghazali memberi jaminan RM10,000 bagi setiap pertuduhan.

Menurut portal Utusan lagi, hakim membenarkan jaminan RM15,000 bagi semua pertuduhan dengan seorang penjamin.Beliau juga mengarahkan tertuduh supaya tidak mengganggu wanita itu, yang juga bekas kekasihnya, sehingga kes selesai.