Siapa Nak ‘Rasa’ Bayar RM276 sejam! Kalau Puas Hati Boleh Beli ‘Main’

Seorang ahli perniagaan menyewakan anak patung seks £ 50 selama sejam supaya lelaki boleh mencuba mereka untuk ‘test drive’ sebelum membelinya.

Pelanggan kemudiannya ditawarkan peluang untuk membeli anak patung itu dalam satu skim yang berkesan iaitu ‘cuba sebelum anda membeli’. Akan tetapi, ahli perniagaan itu menafikan bahawa dia mewujudkan ‘rumah pelacuran patung’.

Perniagaannya, lovedoll.co.uk – yang juga menjual ‘anak patung yang telah digunakan’ – berpusat di Gateshead dan mempunyai ruang persendirian di mana para pelanggannya boleh melakukan hubungan seks dengan anak patung itu.

Perkhidmatan ini dilancarkan pada Disember 2017, dan dia mengatakan bahawa ‘beberapa’ pelanggan telah mencubanya.

Dalam satu temu bual di Chiles pada Jumaat, Graham berkata: ‘Kami berharap ini adalah satu bentuk promosi supaya mereka akan datang membeli produk kami.Matlamat perniagaan ini bukan semata-mata penggunaan perkhidmatan kami.’ katanya lagi.

Anak patung itu disediakan untuk ‘cuba sebelum beli’ yang dijual pada harga £ 1,800. Ia adalah bersaiz seorang dewasa dan beratnya kira-kira 30 kilogram, dengan kulit seperti kulit manusia pada rangka logam dan organ seksual yang realistik.

Pelanggan yang ingin mencuba salah satu anak patung mesti memberikan butiran peribadi dan membayar wang pendahuluan terlebih dahulu.

Mereka kemudian dibawa melawat satu set di unit perindustrian di mana mereka akan diberi satu kod kunci untuk memboleh mereka untuk masuk ke dalam sebuah bilik kecil yang mengandungi katil di mana anak patung yang memakai pakaian dalam, menanti.

Graham mengakui kepada BBC Radio 5 bahawa dia sendiri telah mencuba anak patung itu sendiri. ‘Ia adalah sesuatu yang bodoh kalau saya tidak mencubanya sendiri,’ katanya.

‘Sebaik sahaja anda sedar yang anda sedang melakukan perbuatan itu dengan seseorang atau sesuatu yang tidak menghakimi anda, ia adalah satu bentuk kebebasan dan kebebasan inilah yang banyak dialami dan dirasai oleh semua pelanggan kami.’

Di bawah merupakan video ketika berada di bilik kecil tersebut.Graham mengatakan ini adalah merupakan peringkat percubaan dan beliau tidak pasti jika ada pasaran untuknya, walaupun jualan anak patungnya telah meningkat tahun demi tahun.

Dia juga mengaku bahawa jika pelanggan tersebut memberikan butiran palsu, ianya mungkin bagi mereka untuk kembali lagi.Tidak terdapat rumah pelacuran bagi anak patung di UK, walaupun ianya telah dibuka di Sepanyol dan Jerman pada baru-baru ini.

Graham mengatakan beberapa pelanggannya berminat untuk membuka rumah pelacuran anak patung, dan tidak menolak bahawa dia mungkin akan melakukan perkara yang sama.

“Kami mendapat empat orang yang berminat menjalankan perniagaan seperti itu. Dua orag telah membuat pembelian. Mereka mempunyai anak patung itu sekarang, tetapi kita tidak pasti sama ada mereka telah meneruskan niat untuk membuka rumah pelacuran itu.’

‘Saya rasa ia akan berlaku, sama ada kita atau orang lain akan melakukannya. Jika masuk akal untuk kami melakukannya, kami akan melakukannya.

Beliau juga mengatakan dia cukup yakin dengan kaedah pembersihannya yang cukup baik untuk mencegah sebarang risiko kesihatan atau isu kebersihan.

‘Kami telah menjual anak patung yang sudah digunakan untuk jangka masa yang panjang, yang mungkin mengejutkan bagi sesetengah orang. Setiap patung dibersihkan dan setiap proses ini memakan masa dari satu jam hingga lima jam. Ianya memang bersih.