“SO SWEET, TAK MACAM MAK TIRI PUN!” – NETIZEN PUJI LAUDYA MENYUAP MAKANAN PADA ALEESYA…[Gambar & Video]

Nampaknya kelibat pelakon Laudya Cynthia Bella dengan anak tirinya, Engku Aleesya sentiasa menarik perhatian netizen.

Malah, keduanya dikatakan semakin akrab dan juga rapat tidak seperti hubungan ibu tiri dan juga anak tiri. Beruntungnya Aleesya!

Baru-baru ini, menerusi laman Instagram dilihat keduanya begitu mesra sedang menikmati makanan. Malah, Bella dilihat menyuap sendiri makanan itu pada Aleesya menggunakan tangannya.

Dipercayai kejadian itu dirakam ketika mereka berada di Langkawi.

Berikut merupakan sebahagian rakaman Bella menyuapkan makanan kepada Aleesya yang disiarkan menerusi Instagram @laudyacynthiabella.

Peminat terutamanya dari negara seberang memuji sikap penyayang Bella ini yang dikatakan tidak seperti ibu tiri pun.

Malah, menurut portal Kapan Lagi, kedua beranak ini sememangnya menjadi perhatian di negara itu sejak hubungan Bella dengan Engku Emran disiarkan pihak media.

 

❤ 💏 #BAE

A post shared by Laudya Cynthia Bella 🆔 (@laudya_cintiabella) on

Mereka menganggap Bella sebagai seorang ibu contoh kerana memaparkan kasih sayang tanpa berbelah bagi.

Engku Aleesya merupakan anak tunggal Engku Emran hasil perkahwinan dengan aktres Erra Fazira.

Bella dan Engku Emran bernikah pada 8 September lalu di sebuah hotel di Kuala Lumpur. – Sumber: Mstar Online via kisahdunia

Layan vid Bella dgn Engku Emran nih:

 

❤ COME BACK #BAE

A post shared by Laudya Cynthia Bella 🆔 (@laudya_cintiabella) on

Credit; himpunanmedia.com