Suami terkejut Isteri datang Himpunan UMNO Ditangkap dengan jantan lain sedang Berseronok dalam hotel

SUAMI salah seorang Ketua Wanita Umno Bahagian dari Utara dikatakan mengadu bahawa isterinya pernah kedapatan (kantoi) dengan lelaki lain juga seorang ahli Umno, dalam bilik hotelnya ketika Perhimpunan Agong Umno.

Tanpa menyebutkan nama, perkara itu didedahkan oleh Veteran Umno, Zaharin Mohd Yassin melalui laman facebook miliknya.

“Seorang telah mesej menyatakan dia bekas suami seorang Ketua Wanita Umno bahagian di sebelah utara. Isteri dia pernah kedapatan dengan lelaki lain dalam bilik hotelnya, juga seorang ‘orang Umno’ masa perhimpunan Agung Umno.”

“Masalahnya Ketua Wanita Umno ini, saya pun kenal rupa dan memang ranggi sikit, kerja cari projek aja, saya memang tak pernah bercakap, saya tak ada jawatan dalam kerajaan, jika saya Menteri dia usha saya kot hahaha,” tulisnya.

Semalam, bekas ahli jawatankuasa kerja Puteri Umno Bahagian Klang, menggesa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melakukan operasi cegah maksiat besar-besaran di hotel-hotel sekitar ibu negara sepanjang Perhimpunan Agung Umno 2017.

Dakwanya ramai suami dan isteri orang, yang berkhalwat dan bersekedudukan dalam satu bilik sepanjang Perhimpunan Agung Umno dijalankan ketika bersama Umno selama 17 tahun.

Pendedahan ini bukanlah untuk mengaibkan sesiapa, ia boleh dianggap sebagai jalan mencegah perkara lalu daripada berulang.

Selain itu, sebagai peringatan kepada suami ataupun isteri yang pasangannya mungkin pergi ke Perhimpunan Agung Umno 2017 (PAU 2017) mulai hari ini, supaya memerhatikan pasangan masing-masing

Maksiat di Persidangan Umno : Penafian Ashraf Wajidi hambar!

Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyifatkan dakwaan kegiatan maksiat berlaku ketika Perhimpunan Agung Umno (PAU) sebagai ‘Fitnah Besar’

“Fitnah besar yang perlu didatangkan bukti. Prinsip Islam sesiapa yang membuat tuduhan dan dakwaan mesti membawa bukti.

“Kalau tidak, dia yang patut dihukum kerana memfitnah,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Beliau mengulas pendedahan yang dibuat oleh bekas ahli jawatankuasa kerja Puteri Umno bahagian Klang , WAN Asshima Kamarudin yang mendakwa berlakunya maksiat sewaktu PAU.

Penafian Dr Asyraf tersebut ternyata hambar. Beliau sepatutnya bertindak lebih tegas dari sekadar membuat kenyataan penafian begitu sahaja.