Sultan Johor Keluar Arahan Rasmi: Tutup semua Premis Haram, Termasuk Pusat Tahfiz!

Loading...

Berikutan kejadian kebakaran pusat Tahfiz, sultan berjiwa rakyat, Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah supaya pihak berkuasa dapat mengambil tindakan terhadap premis-premis tidak berdaftar di negeri berkenaan bagi mengelakkan tragedi itu berulang lagi di masa akan datang.

Baginda turut menyatakan pihak berkuasa tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang didapati melanggar peraturan dan undang-undang di negeri itu dalam kenyataan rasmi di laman sosial Facebook.

“Jika mereka didapati melanggar peraturan dan undang-undang, pihak berkuasa jangan teragak-agak untuk tutup premis mereka. Semua pusat tahfiz yang dikendalikan secara persendirian mesti mempunyai lesen, permit sah dan jika gagal dipatuhi, tindakan tegas akan diambil,” ujarnya.

Berikutan itu, baginda menggesa pihak bomba membuat pemeriksaan di semua premis termasuk madrasah, pusat tuisyen, sekolah berasrama penuh, sekolah rendah dan sekolah menengah bagi mengenalpasti sekolah mana yang berisiko tinggi berlaku kebakaran.

“Saya amat sedih dengan tragedi yang berlaku di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Kampung Datuk Keramat. Tragedi itu amat menyayat hati,” sambungnya.

“Semoga Allah beri kekuatan dan ketabahan hati kepada keluarga mangsa,” kata baginda sambil mengucapkan takziah kepada mereka.

Bagi admin, ada kebaikannya kenapa diarahkan tutup jika tidak menepati piawaian yang ditetapkan. Sebagai seorang Sultan, pastinya beliau telah berfikir jauh kedepan tentang apa yang bakal berlaku jika masalah ini tidak dikawal dari sekarang

Loading...