Terbaru: Noh Omar Tawar Boy Iman Dakwa Jadi Ketua UMNO Cawangan

Boy Iman Dakwa Noh Omar Bawa Dia Jadi Ketua UMNO Cawangan – Pendedahan PW. Walaupun tidak sehangat dahulu, kisah Boy Iman dan isu penipuan perumahan yang terpalit ke atas dirinya tidak pernah berhenti. Terbaru, admin page PW – Pseudoscience Watch membuat satu pendedahan berbentuk rakaman audio yang memaparkan pengakuan Boy Iman yang sedang berbual dengan seseorang yang tidak dinamakan dalam pendedahan tersebut.

Menurut admin page PW mereka mempunyai bahan bukti tertentu yang akan didedahkan secara berperingkat jika tiada sebarang tindakan diambil ke atas Boy Iman.

“NOH OMAR BAWA BELON JADI KETUA CAWANGAN UMNO?

Kami dah bagi warning, kalau lembab ambil tindakan terhadap Belon Iman, kami akan dedahkan lagi bahan bukti,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Admin PW turut mendakwa Boy Iman mengakui yang beliau telah berbincang dengan Noh Omar mengenai harga rumah jualannya.

“Dalam audio jelas kedengaran :

1. Bukan main lagi si Belon jual nama Noh Omar kepada contractor.

2. Sebelum ditahan reman, Belon dah bincang pasal harga rumah dengan Menteri Perumahan.

3. Cukup bangga si Belon bila Noh Omar rasmikan pejabat scam DBI Properties.

4. Tak habis kat situ, Boy dakwa Noh Omar “bawa dia” jadi ketua cawangan UMNO Dataran Baru Ampang,” tulis admin page itu.

Kenyataan admin PW itu kemudiannya diakhiri dengan satu soalan yang ditujukan buat Noh Omar.

“Soalan kepada Noh Omar, adakah disebabkan oleh hubungan rapat yang didakwa oleh Belon menyebabkan Belon kini mendapat political protection?,” soal admin PW itu lagi.

Untuk rekod Tan Sri Noh Omar ialah Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan & Kerajaan Tempatan. Terdahulu menteri berkenaan pernah menafikan terbabit secara langsung dengan apa yang dilakukan oleh Boy Iman menerusi DBI Properties.

Boy Iman Noh Omar Conspiracy

NOH OMAR BAWA BELON JADI KETUA CAWANGAN UMNO?Kami dah bagi warning, kalau lembab ambil tindakan terhadap Belon Iman, kami akan dedahkan lagi bahan bukti.Dalam audio jelas kedengaran:1. Bukan main lagi si Belon jual nama Noh Omar kepada contractor2. Sebelum ditahan reman, Belon dah bincang pasal harga rumah dengan Menteri Perumahan3. Cukup bangga si Belon bila Noh Omar rasmikan pejabat scam DBI Properties4. Tak habis kat situ, Boy dakwa Noh Omar "bawa dia" jadi ketua cawangan UMNO Dataran Baru Ampang.Soalan kepada Noh Omar, adakah disebabkan oleh hubungan rapat yang didakwa oleh Belon menyebabkan Belon kini mendapat political protection?CC: Nizam Noz-abe pa-

Posted by Pseudoscience Watch on Thursday, December 28, 2017