TERKINI! Ustaz Zamihan Ditahan Polis! Disiasat Dibawah Akta Hasutan

TERKINI: Pengawai JAKIM yang juga Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (Aswaja), Zamihan Mat Zin ditahan polis di IPD Dang Wangi sekitar jam 3.50 petang tadi.

Penahanan dibuat selepas beliau hadir memberi keterangan berhubung dakwaan ceramahnya yang berunsur perkauman dan mengkritik Sultan Johor.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Sri Wan Ahmad Najmuddin ketika dihubungi Astro Awani mengesahkan perkara tersebut.

“Siasatan dibuat mengikut Seksyen 4A Akta Hasutan 1984 dan kami juga merampas telefon bimbit beliau,” kata beliau.

Tambah Wan Ahmad Najmuddin, perintah reman akan dimohon esok bagi membuat siasatan lanjut.

Astro Awani

Sementara itu, di laman web ehwal.wordpress.com melaporkan, Zamihan mungkin dibuang kerja kerana kenyataannya itu.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Zamihan Al-Ghari baru-baru ini mencetuskan polemik. Beliau boleh dikenakan tindakan tatatertib sebagai penjawat awam walaupun beliau turut menjawat jawatan sebagai Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal-Jamaah (ASWAJA).

Video ceramah Zamihan yang dimuatnaik di laman youtube mengandungi unsur kritikan terhadap DYMM Sultan Johor.

Al-Ghari, seorang pegawai kader Jakim di Kementerian Dalam Negeri yang kini ditempatkan di Penjara Kajang. Jakim akan merujuk kes ini kepada Lembaga Tatatertib Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Zamihan dilihat telah hadir ke pejabat Jakim di Kompleks Islam Putrajaya setelah dipanggil oleh Ketua Pengarah Jakim pagi tadi.

Beliau boleh dikenakan tindakan tatatertib sehingga dibuang kerja sekiranya melanggar Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Beliau dilihat boleh lebih fokus kepada pertubuhan ASWAJA dan berceramah di mana sahaja beliau suka. Namun beliau masih perlu untuk mendapatkan tauliah mengajar daripada pihak berkuasa agama setempat.

Sebagai seorang warganegara Malaysia, di mana rakyatnya berbilang kaum, seharusnya sensitiviti melibatkan agama dan bangsa dipelihara. Keharmonian perlu dijaga demi memelihara keamanan negara.

Dalam masa yang sama, institusi Raja perlu dipelihara sebagai Ketua Agama Islam yang memayungi negara. Perlu diingat bahawa Raja-Raja Melayu telah menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu melibatkan 7 wasiat. Wasiat Raja-Raja Melayu inilah yang memelihara Islam dan bangsa Melayu di Malaysia. –