TMJ Menghadiahkan Sesuatu Untuk Rakyat Pulau Pinang Pula! Perkara Yang Memang Luar Jangka ..

KELAB bola sepak dan pemenang Piala Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) akan memberikan duit hadiah kemenangan kejohanan tersebut kepada mangsa banjir Pulau Pinang.

Perkara tersebut diumumkan oleh Presiden JDT, Tunku Tun Aminah Binti Sultan Ibrahim melalui laman Facebook Johor Southern Tigers.

“Menjunjung titah DYAM Tunku Mahkota Johor, antara polisi Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) adalah untuk memberi bantuan dan sumbangan kepada yang memerlukan sepertimana sebelum ini kepada mangsa bencana banjir di Pahang dan Kelantan serta mangsa bencana gempa bumi di Sabah.

“Banyak bantuan yang telah kami berikan kepada kerajaan negeri dan JDT akan terus melakukan perkara yang sama. Kelab JDT dan para pemain telah membuat keputusan untuk memberi duit kemenangan Piala Malaysia yang kami menangi kepada mangsa bencana banjir di Pulau Pinang,” kata kenyataan di laman JST.

Pengumuman tersebut yang dibuat sejam lalu nyata menarik sorakan peminat bola sepak tanah air di Facebook, termasuk dari Pulau Pinang.

“#MassiveRespect dari peminat di Pulau Pinang,” kata Aidi.

“Terima kasih banyak-banyak kepada keluarga kerabat, dan doakan Pulau Pinang,” kata Eric.

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/sukan/jdt-beri-duit-kemenangan-pada-mangsa-banjir-p-pinang-1.753199

Sukarelawan Darul Ta’zim bantu mangsa banjir Pulau Pinang

Kerajaan Johor akan menggerakkan kira-kira 200 anggota Sukarelawan Darul Ta’zim dalam masa terdekat bagi membantu mangsa banjir di Pulau Pinang.

Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata arahan sudah dikeluarkan kepada Jabatan Belia dan Sukan negeri untuk menggembleng sukarelawan bagi menghulurkan bantuan secepat mungkin.

“Kita (Johor) melihat musibah di Pulau Pinang ini dan kita percaya bencana ini, tanpa mengira ideologi dan sebagainya, kita berasa bertanggungjawab dan prihatin untuk menyumbang dan membantu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perjumpaan bersama Puteri UMNO Cawangan-Cawangan Seluruh Johor dan pelancaran Jentera IT Pergerakan Puteri UMNO Johor di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Pergerakan Puteri UMNO Datuk Mas Ermieyati Samsudin dan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Johor Rohaizah Ahmad.

Mohamed Khaled berkata persiapan sedang dilakukan bagi penghantaran rombongan pertama sukarelawan dan kerajaan negeri akan melihat dari semasa ke semasa perkembangan banjir tersebut.

Mengenai ganjaran kepada pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) atas kejuaraan merangkul Piala Malaysia, malam tadi, beliau berkata ia akan diumum selepas diperincikan Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri, Rabu ini.

Sambil mengucapkan tahniah atas kemenangan tersebut, beliau berkata Johor amat berbangga dengan pasukan JDT dan percaya kemenangan tersebut disumbangkan oleh penyokong setia bermula daripada Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hingga ke rakyat jelata.

“Tidak dinafikan juga peranan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai penggerak JDT,” katanya.

Dalam perlawanan akhir Piala Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, Selangor, malam tadi, JDT menewaskan juara bertahan, Kedah 2-0, sekali gus mengakhiri penantian 26 tahun pasukan itu untuk menjulang piala yang kali terakhir dimenangi Johor FA pada 1991.

KELAB BOLASEPAK JOHOR DARUL TA’ZIM AKAN BERIKAN BANTUAN KEPADA MANGSA BENCANA BANJIR DI PULAU PINANG

Menjunjung titah DYAM Tunku Mahkota Johor, antara polisi Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) adalah untuk memberi bantuan dan sumbangan kepada yang memerlukan sepertimana sebelum ini kepada mangsa bencana banjir di Pahang dan Kelantan serta mangsa bencana gempa bumi di Sabah. Banyak bantuan yang telah kami berikan kepada kerajaan negeri dan JDT akan terus melakukan perkara yang sama. Kelab JDT dan para pemain telah membuat keputusan untuk memberi duit kemenangan Piala Malaysia yang kami menangi kepada mangsa bencana banjir di Pulau Pinang.

YAM Tunku Tun Aminah Binti Sultan Ibrahim, Presiden Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim

—–

JOHOR DARUL TA’ZIM FC WILL PROVIDE ASSISTANCE TO PENANG FLOOD VICTIMS

As decreed by HRH Crown Prince of Johor, among the policies of Johor Darul Ta’zim FC (JDT) is to provide assistance and aids to the needy including to the flood victims in Pahang and Kelantan, and earthquake victims in Sabah. We have provided aids to state governments over the years and JDT will continue to do the same. JDT FC and its players have decided to give our Malaysia Cup prize money to the flood victims in Penang.

HH Tunku Tun Aminah Binti Sultan Ibrahim, President of Johor Darul Ta’zim Football Club

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll