[Video] Bila Gadis Thai Pun Terjebak Dengan Lagu “TAK TUN TUANG” – Memang Terbeliak Mata Lelaki Lebih Lagi Pada Minit Akhir

Sejak menularnya lagu Tak Tun Tuang nyanyian Upiak Isil sehingga digilai peminat-peminat dari Thailand, walhal ia adalah sebuah lagu yang dipersembahkan penyanyi Indonesia, ramai tertanya-tanya apakah maksud Tak Tun Tuang itu?

Pertanyaan tersebut turut membanjiri laman Youtube Upiak Isil sendiri. Sekali dengar macam bunyi perkataan Thailand. Tapi, orang Thai sendiri pun tak tahu maksudnya.

Kalau nak kata perkataan dari bahasa Minang pun, tidak juga, walaupun dia (Upiak Isil) adalah penyanyi asal Minang. So apa maksud Tak Tun Tuang itu? Bingung ya semua orang memikirkannya.

Akhirnya terbukalah cerita bahawa Tak Tun Tuang itu tak membawa maksud apa-apa pun. Sebaliknya ia adalah perkataan yang disebut untuk mengikut beat lagu tersebut.

Namun, daripada sekadar menyebut teng teng teng…atau pang pang pang, akhirnya wujudlah Tak Tun Tuang yang kemudiannya diberikan judul lagu tersebut.

Harapnya, korang semua dah pun faham dan tidak akan tertanya-tanya lagi maksud lagu tersebut.

Video beliau: