Video Sajat Tunjuk Kemaluan Nak Buktikan Dia Perempuan Di Kutuk Netizen?

Kasihan Nur Sajat ni, selalu kena hina dan perli pasal jantina dia di media sosial. Ramai yang tak sudah-sudah lemparkan hentaman sebab jantinanya. Kali ini dia tampil menjelaskan mengenai bahagian sulit berkenaan melalui satu video yang dimuatnaik olehnya baru-baru ini.

Nur Sajat Terduduk Kaku Bila Sejarah Kisah Hidupnya Bermula Dari Hospital Yang Buat Netizen Percaya Kepada Dia. Bukan Ini Yang Dia Mahukan.Sejurus selepas dia dilahirkan, pihak hospital terperanjat kerana mendapati dia memiliki dua alat sulit. Bagaimana takdir Allah itu harus ditangani?

BIAR apa jua gelaran diberi seperti pondan diva, Ratu Mak Nyah dan sebagainya; Nur Sajat tetap utuh berdiri melebarkan sayap perniagaannya. Tidak mudah melatah, dia optimis hanya berpegang kepada pendirian positif; ia bisa mengubah segalanya. Sering kali diasak mengenai status dirinya dahulu, kini pemikirannya jauh berbeza.

Perkenalkan diri Sajat kepada pembaca?Saya berasal dari Sitiawan, Perak. Bapa saya dahulunya adalah pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia tetapi sudah bersara awal. Emak saya pula pernah bekerja sebagai pembantu makmal di sekolah, juga kini telah bersara. Saya adalah anak keempat daripada tujuh adik-beradik.

Keluarga saya biasa sahaja, sederhana semuanya. Bapa saya bersara awal dan kemudiannya berniaga kain di pasar malam sekitar Manjung, Lumut dan Sitiawan untuk menampung perbelanjaan kami sekeluarga. Sejak bila dan bagaimana Sajat menyedari dilahirkan sebagai khunsa?

Sumber :: infosuka