[VIDEO] Telefon Bimbit Paling Mahal Milik Eina Azman. Ini Harganya!

Beruntung sungguh pelakon Datin Paduka Eina Azman atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman kerana mempunyai suami yang romantik dan sepasang anak kembar yang sangat comel.

Datuk Paduka Kaiser Seorang Yang Romantik

Suami beliau, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden sememangnya cukup romantik! Bermula dari lamaran beliau kepada Eina Azman sehinggalah mereka mempunyai anak, ada sahaja kejutan yang dibuatnya untuk isteri tersayang.

Eina Azman Dihadiahkan Telefon Bimbit Mewah!

Terbaru,bukti cinta beliau kepada Eina Azman dibuktikan dengan satu lagi kejutan dengan memberi sebuah kotak yang mengandungi telefon bimbit berjenama Vertu! Kalau ikut pada hasil google dari Hangat.com, jenama telefon bimbit ini sememangnya dikenali kerana harganya yang sangat mahal.

Video Player

Datuk Paduka Kaiser telah menghadiahkan isterinya itu sebuah telefon bimbit Vertu Aster Raspberry Ostrich berharga $7,900 (RM33,424.90) seunit yang bersamaan harga sebuah kereta Proton Bezza!

“Vertu-ah” Eina Azman mempunyai suami yang penyayang, bukan?

“Oh my god! This is what I want. Bila you beli ni, yang? So nice. Oh my god. Thank you sayang,”