Yusuf Azmi PPIM ambil 10% kos pengurusan; Ini Jawapan Dari Ustaz Mahyuddin Mengikut Ajaran Islam

Loading...

Yusuf Azmi PPIM ambil 10% kos pengurusan

Semua kita tahu dunia bergerak dengan kos samada kos minyak atau perjalanan, makan, sewa pejabat dll disamping menanggung risiko bagi kerja merbahaya adalah memerlukan kepada kos.

Asasnya di dalam Islam tidak salah mengambil kos pengurusan. Sebagai contoh sistem zakat juga mengambil kira kos pengurusan ini sebab itu amil zakat juga diberi kos pengurusan mereka sebanyak 1/8 atau 12.5%.

Ulamak juga membincangkan kos2 pengurusan harta anak yatim boleh diambil jika penjaga anak yatim miskin dan tak mampu boleh diambil kos bil makruf (secara baik dan berpatutan). Kos menguruskan harta derma dan sumbangan orang ramai boleh diambil mengikut kiraan amil zakat iaitu 1/8 atau 12.5% (fatwa Syekh Prof Muhyiddin Ali Qurrah Daghi/s/u Kesatuan Ulamak Dunia).

Jadi mengambil kos pengurusan tidak salah selagi ianya dilakukan secara telus, jelas, saling meredai dan tiada unsur penipuan atau penganiayaan.

Dan yang lebih tepat untuk kerja sebegini ialah meletakkan ia di bawah akad ju’alah iaitu : “seseorang menetapkan suatu upah untuk membuat suatu kerja yang tidak ditentukan cara kerja tersebut seperti mencari barang hilang atau binatang yang lari. Apabila kerja itu disempurnakan dengan apa saja cara maka dia berhak mendapat upah dijanjikan”.

Ini kerana jika menetapkan kos pengurusan maka mestilah ianya kos sebenar sahaja ataupun ada sedikit lebih atau kurang dari kos sebenar yang pada adat kebiasaannya orang ramai tidak berkira dengan lebihan seperti itu.

Walaubagaimanapun Ibnu Qudamah dari mazhab Hanbali mengatakan harus upah akad ju’alah berdasarkan peratusan tertentu jika upah tersebut diyakini dapat diserahkan, conhtonya : siapa yang dapat mengembalikan barangku yang hilang dia akan mendapat separuh darinya.

Wallahu aklam

Yusuf Azmi PPIM ambil 10% kos pengurusanSemua kita tahu dunia bergerak dengan kos samada kos minyak atau perjalanan,…

Posted by Mohd Mahyuddin Mohd Yusoff on Thursday, October 5, 2017

Loading...